JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
PERINGATAN PENGHANTARAN SIJIL PERAKUAN PANJAR BAGI DISEMBER 2024
Seperti yang telah dimaklumkan dalam Taklimat Penutupan Akhir Tahun 2024 yang berlangsung pada 27 Nov 2024, menurut SPANM Bil 2/2021, PTJ perlu mengemukakan dokumen seperti pada 31 Disember 2024 kepada AO sebanyak 3 salinan seperti berikut:
i. Sijil Perakuan Panjar Wang Runcit iGFMAS/Sijil Perakuan Panjar Wang Runcit beserta LAMPIRAN I dan LAMPIRAN II (jika berkaitan)
ii. Laporan Buku Wang Runcit/ Buku Wang Runcit.
iii. Salinan Baucar Bayaran diakui sah dan dicop atau tulis REKUPMEN TERAKHIR
Tarikh akhir penyerahan : 10 Januari 2025