JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
Ketua Jabatan
Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di Bawah Seliaan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Perlis
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan,
PEMAKLUMAN PELAKSANAAN PEMBAYARAN PELARASAN GAJI FASA 1 SSPA MELALUI SISTEM iGFMAS MODUL HCM (SAPGUI)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk
2. Adalah dimaklumkan bahawa JANM Perlis telah berjaya melaksanakan pembayaran pelarasan gaji Fasa 1 SSPA melalui sistem iGFMAS Modul HCM. Pembayaran pelarasan gaji SSPA dibayar secara berfasa kepada semua pegawai yang layak. Pelarasan gaji SSPA Fasa 1 telah dibayar bersama pembayaran gaji bulan Disember 2024 iaitu pada 19 Disember 2024 manakala gaji SSPA Fasa 2 akan dibayar bersama pembayaran gaji bulan Januari 2026.
Sekian, terima kasih.
UNIT GAJI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS