rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

jata
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS

SURAT PEKELILING AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (SPANM) BIL. 5 TAHUN 2024

TARIKH DAN PERATURAN PEMBAYARAN EMOLUMEN TAHUN 2025

1. TUJUAN

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan dan memberi panduan kepada Kementerian/Jabatan berkaitan:

1.1 Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2025; dan

1.2 Peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian/Jabatan bagi memastikan tatacara pengurusan bayaran emolumen dapat dilaksanakan dengan tepat, betul dan emolumen dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan.

2. TARIKH PEMBAYARAN EMOLUMEN

Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2025 adalah seperti di Lampiran 1 dan ditetapkan selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 dan surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.BKSK.600-2/13/1 (8) bertarikh 6 September 2024 Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2025.

Lampiran : Surat Pekeliling