rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

jata
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS

SURAT PEKELILING AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (SPANM) BILANGAN 7 TAHUN 2024

 TARIKH AKHIR PROSES DOKUMEN KEWANGAN BAGI TAHUN KEWANGAN 2024

 TUJUAN

1.1 Surat Pekeliling ini adalah bertujuan untuk memaklumkan tarikh akhir proses dokumen kewangan tahun 2024 oleh Kementerian/Jabatan bagi melancarkan urusan penutupan akaun dan penyediaan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan tahun kewangan 2024.

1.2 Selaras dengan surat Kementerian Kewangan rujukan MOF.NBO(S)600-9/1/297 JLD.2(41) bertarikh 13 November 2024, tarikh akhir bayaran bagi Perbelanjaan Mengurus (OE) dan Perbelanjaan Pembangunan (DE) tahun 2024 adalah pada 6 Disember 2024 atau tarikh akhir yang dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa. Tiada tempoh Akaun Kena Bayar (AKB) selepas tarikh tersebut.

Lampiran : SURAT PEKELILING AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA(SPANM)BILANGAN 7 TAHUN 2024