rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Adalah dimaklumkan dalam tempoh pengubahsuaian pejabat, JANM Perlis akan beroperasi seperti biasa. Untuk sebarang urusan dengan JANM Perlis, sama ada orang awam (urusan WTD), Pusat Tanggungjawab, Agensi Kerajaan atau mana-mana Organisasi, tuan/puan boleh terus ke Aras 4, Bangunan Persekutuan Negeri Perlis untuk urusan secara bersemuka.

Untuk makluman, sebahagian daripada staf JANM Perlis akan bekerja dari rumah (BDR) secara bergilir dalam tempoh pengubahsuaian di aras 3, manakala sebahagian lagi akan bekerja di pejabat secara bergilir di aras 4, Bangunan Persekutuan. Pihak yang ingin menghubungi JANM Perlis boleh menggunakan talian rasmi di 04-9762766. Sekiranya terdapat masalah dengan talian tersebut, tuan/puan boleh menghubungi terus pegawai JANM Perlis dengan merujuk laman web rasmi di pautan berikut: [https://perlis.anm.gov.my](https://perlis.anm.gov.my/).

Sebagai tambahan, semua permohonan untuk menggunakan Bilik Latihan JANM Perlis di Aras 4, Bangunan Persekutuan dalam tempoh pengubahsuaian pejabat, tidak dapat dipenuhi kerana Bilik Latihan Komputer akan digunakan sebagai pejabat sementara sepanjang tempoh pengubahsuaian.

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang terjadi. Harap maklum.

 

Banner Pindah Pejabat