faqhubungi-kamiaduan   peta-laman

jata

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS

 

KEMASKINI NOMBOR PENGENALAN CUKAI PENDAPATAN (TIN)

Pihak LHDN telah menukar nombor cukai pendapatan kepada Nombor Pengenalan Cukai (TIN) bermula tahun 2021 secara berperingkat. Nombor TIN tersebut akan diberikan kepada individu warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas. Oleh yang demikian, semua pegawai kerajaan akan mempunyai nombor TIN untuk urusan percukaian.

Unit Gaji JANM Perlis telah mengambil tindakan mengemaskini nombor TIN tersebut pada 04.06.2024 yang lalu. Semua PTJ dikehendaki menyemak semula melalui sistem HCM dan sekiranya masih ada yang belum dikemaskini nombor TIN PTJ hendaklah mengemaskini perubahan nombor pengenalan cukai tersebut dan sekiranya jika tiada Nombor TIN PTJ hendaklah memaklumkan kepada Unit Gaji, JANM Perlis.

Contoh perubahan nombor TIN

nombor cukai pendapatan (yang lama) : SG 12345678990

nombor TIN (yang baru)                        : IG 12345678990