faqhubungi-kamiaduan   peta-laman

Deposit merujuk kepada bayaran jaminan atau cagaran oleh Kementerian/PTJ dalam tempoh tertentu dan mematuhi terma-terma yang telah ditetapkan untuk memastikan perkhidmatan yang diterima Kerajaan dilaksanakan dengan sempurna oleh agensi/pembekal/syarikat/individu.

Deposit yang dibayar tersebut hendaklah dipulangkan oleh agensi/pembekal/syarikat/individu kepada Kementerian/PTJ setelah tamat tempuh perjanjian atau syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam perjanjian.

Contoh bayaran balik deposit yang boleh dibayar menggunakan modul tersebut adalah bayaran balik deposit kuarters, bayaran balik deposit air/elektrik, deposit sewa bangunan dan sebagainya.

Rujukan : SPANM BIL 1 Tahun 2023.

Berikut dilampirkan cara-cara membuat Bayaran Balik Deposit dengan menggunakan sistem IGFMAS > TATACARA BAYARAN BALIK DEPOSIT