PENYEDIAAN BAUCAR BAYARAN SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
Y.Bhg.Dato’/Tuan/Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa PTJ di bawah seliaan JANM PERLIS perlu mematuhi proses arahan pembayaran Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri (1445 Hijrah).
BAYARAN (ARAHAN PEMBAYARAN DENGAN PESANAN KERAJAAN DAN ARAHAN PEMBAYARAN TANPA PESANAN KERAJAAN)
PTJ TIDAK DIBENARKAN membuat perakuan 2 bagi Arahan Pembayaran (Arahan Pembayaran Dengan Pesanan Kerajaan dan Arahan Pembayaran Tanpa Pesanan Kerajaan) SELEPAS jam 10.00 pagi pada 09 APRIL 2024 (SELASA). Proses Perakuan 2 Arahan Pembayaran boleh dibuat semula seperti biasa pada 12 APRIL 2024 (JUMAAT).
TERIMAAN
I. Semua Resit yang dikeluarkan hendaklah dibuat Penyata Pemungut dengan SEGERA dan DIBANKKAN sebelum jam 12.00 tengah hari pada 09 APRIL 2024.
II. Bagi terimaan secara e-pembayaran/online, PTJ hendaklah memastikan Ejen Pemungut yang dilantik memindahkan terimaan yang dipungut kepada Akaun Terimaan Utama AO dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas hari transaksi (T+1) selaras dengan SPANM 3/2019.
III. PTJ diminta untuk mengingatkan pembayar, bayar melalui “Cash/Cheque deposit machine & ATM MEPS” adalah TIDAK DIBENARKAN. (rujuk AP80(d))
Sekian,terima kasih.
UNIT PENGURUSAN DANA DAN AKAUN
JANM PERLIS