rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

PENUTUPAN AKAUN BULANAN FEBRUARI 2024  

Y.Bhg.Dato’/Tuan/Puan, 

Adalah dimaklumkan bahawa PTJ di bawah seliaan JANM PERLIS perlu  mematuhi proses arahan pembayaran penutupan akaun bulanan setiap bulan.  

BAYARAN 

PTJ TIDAK DIBENARKAN membuat perakuan 2 bagi Arahan  Pembayaran SELEPAS jam 12.00 tengah hari pada 29 FEBRUARI 2024  (KHAMIS) Proses Perakuan 2 Arahan Pembayaran boleh dibuat semula  seperti biasa pada 01 MAC 2024 (JUMAAT). 

TERIMAAN 

i. Semua Resit yang dikeluarkan hendaklah dibuat Penyata  Pemungut dengan SEGERA. Wang Tunai Belum Dibankkan (CIH)  hendaklah berbaki sifar kecuali terimaan selepas waktu  bekerja pada 29 FEBRUARI 2024 sahaja (hari terakhir bekerja  setiap bulan).  

ii. Bagi terimaan secara e-pembayaran/online, PTJ hendaklah  memastikan Ejen Pemungut yang dilantik memindahkan terimaan  yang dipungut kepada Akaun Terimaan Utama AO dalam tempoh  satu (1) hari bekerja selepas hari transaksi (T+1) selaras dengan  SPANM 3/2019. Pihak PTJ diminta untuk merancang proses  membuat perakuan bagi melancarkan penutupan akaun bulan  FEBRUARI 2024.  

iii. PTJ diminta untuk mengingatkan pembayar, bayar melalui  “Cash/Cheque deposit machine & ATM MEPS” adalah TIDAK  DIBENARKAN. (rujuk AP80(d))  

PANJAR WANG RUNCIT (PWR)  

Tarikh akhir penyediaan Rekupmen Panjar (Arahan Pembayaran sehingga  selesai Peraku 2) adalah 22 FEBRUARI 2024 (KHAMIS). Semua PTJ perlu  memastikan supaya rekupmen PWR ditunaikan dan PENERIMAAN  REKUPMEN (1GFMAS) dilakukan sebelum pukul 4.00 PETANG pada 26  FEBRUARI 2024 (ISNIN)  

Mana-mana PTJ yang gagal mematuhi arahan ini perlu mengemukakan surat  tunjuk sebab kepada pihak JANM Perlis. Segala kerjasama dan perhatian  tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai. 

Sekian,terima kasih. 

UNIT PENGURUSAN DANA DAN AKAUN 

JANM PERLIS