Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ)
Tuan/Puan,
PENUTUPAN AKAUN AKHIR TAHUN (PAT) 2023
Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara diatas.
2. Bagi tujuan Penutupan Akaun Akhir Tahun 2023, PTJ di bawah seliaan JANM Negeri Perlis hendaklah memastikan semua proses bayaran, terimaan, panjar dan transaksi perakaunan di peringkat PTJ diselesaikan dengan sempurna selewat lewatnya pada pada 15 Disember 2023 (Jumaat).
3. Sehubungan dengan itu, JANM Negeri Perlis dengan hormatnya menjemput Tuan/Puan, atau wakil untuk menghadiri sesi taklimat penerangan PAT Tahun 2023 seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 5 Disember 2023 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Secara Dalam Talian Bagi Semua PTJ
(Link akan diberikan kemudian)
4. Tuan/Puan dipohon untuk, membuat pengesahan kehadiran dengan melengkapkan Google Forms di pautan https://forms.gle/7fXd9Y4Dyb8yRQDm6 selewat-lewatnya pada 4 Disember 2023. Surat jemputan akan diedarkan melalui email kemudian
5. Kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara di atas amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian,