PANJAR WANG RUNCIT
Definisi - Sejumlah wang tunai yang diberi kepada Pegawai Perakaunan untuk membolehkannya membuat pembayaran kecil yang segera dan perbelanjaan runcit tanpa mempertanggungkannya terlebih dahulu kepada sesuatu maksud perbelanjaan.
- Sebagai informasi, bayaran Panjar Wang runcit hanya digunakan untuk bekalan barang/perkhidmatan yang segera
- Untuk makluman hanya kod Objek Sebagai 20000 sahaja yang boleh dibayar menggunakan panjar(tidak termasuk tuntutan perjalanan). Bayaran melibatkan kod akaun yang lain seperti OS 14000,15000,35000 dan lain-lain tidak dibenarkan.
Contoh – Perkhidmatan Dobi - 29130
Penyambung paip – 26199
Cuci kereta – 28301
- Sekiranya terdapat pertukaran pegawai, tindakan yang harus diambil :
a). Mengisi Borang Kuasa Tetap Pemungut Tunai (AK52)
b). Penyata Penyerahan Panjar ( jika melibatkan pertukaran Pengendali Panjar).
Rujukan :
- Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 2, Tahun 2021 (SPANM Bil 2/2021 – TATACARA PENGURUSAN PANJAR
- MYCODE(Penyeragaman Penggunaan Kod Akaun Carta Akaun Akruan (CAA) untuk kod akaun yang betul.