rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

NEGERI PERLIS

UNIT PENTADBIRAN

URUSAN PENAMBAHBAIKAN PEMBERIAN AWARD WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT (CR) DAN PENAMBAHBAIKAN PEMBERIAN AWAL AWARD WANG TUNAI GCR

Untuk makluman semua, adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia  telah mengeluarkan surat berkenaan dengan urusan Penambahbaikan Pemberian Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (CR) dan Penambahbaikan Pemberian Awal Award Wang Tunai GCR untuk makluman semua penjawat awam. Sehubungan dengan itu, semua pihak diharap dapat mengambil maklum berkenaan perkara tersebut. Berikut adalah contoh ilustrasi pengiraan:

NAMA :ENCIK RABU BIN KHAMIS

UMUR :52 TAHUN

TAHUN UMUR PERSARAAN : 2030

JAWATAN: PEMBANTU OPERASI (N11)

GAJI POKOK : RM2,400.00

IMBUHAN TETAP KHIDMAT AWAM :RM95.00

IMBUHAN TETAP PERUMAHAN : RM300.00

BAYARAN SARA HIDUP : RM300.00

TEMPOH PERKHIDMATAN  : 20 TAHUN

JUMLAH GCR TERKUMPUL : 134

TINDAKAN TATATERTIB :TIADA

KESALAHAN JENAYAH : TIADA

Kelayakan:

Beliau layak pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat kerana melepasi syarat-syarat berikut:

i)             Tempoh perkhidmatan melebihi 15 Tahun

ii)            Mencapai umur 45 Tahun

iii)           Mencukupi/Melebihi 90 hari GCR

iv)           Bebas Jenayah / Tindakan Tatatertib

v)            Mendapat Perakuan Ketua Jabatan

vi)           Masih belum menuntut GCR sebelumnya.

Cara Kiraan:

1/30 X (GAJI HAKIKI + IMBUHAN TETAP) X 90 HARI =

GAJI POKOK                                      : RM2,400.00

IMBUHAN TETAP KHIDMAT AWAM :RM95.00

IMBUHAN TETAP PERUMAHAN     : RM300.00

BAYARAN SARA HIDUP                  : RM300.00

JUMLAH GAJI + ELAUN =                RM3,095.00

 

ENCIK RABU BIN KHAMIS akan menerima

1/30 X RM3,095.00 X 90 HARI =RM9,284.99

 

SOALAN LAZIM PEMBERIAN AWAL AWARD WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT (GCR) - (Ceraian PP.1.3.4)