rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

UNIT PENGURUSAN DANA DAN AKAUN

PENUTUPAN AKAUN BULAN APRIL 2023

Y.Bhg.Dato’/Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa PTJ di bawah seliaan JANM PERLIS perlu mematuhi proses arahan pembayaran penutupan akaun bulanan setiap bulan.

BAYARAN

PTJ TIDAK DIBENARKAN membuat perakuan 2 bagi Arahan Pembayaran SELEPAS jam 12.00 tengah hari pada 28 APRIL 2023 (JUMAAT). Proses Perakuan 2 Arahan Pembayaran boleh dibuat semula seperti biasa pada 02 APRIL 2023 (SELASA).

TERIMAAN

i.              Semua Resit yang dikeluarkan hendaklah dibuat Penyata Pemungut dengan SEGERA. Wang Tunai Belum Dibankkan (CIH) hendaklah berbaki sifar kecuali terimaan selepas waktu bekerja pada 28 APRIL 2023 sahaja (hari terakhir bekerja setiap bulan).  

ii.            Bagi terimaan secara e-pembayaran/online, PTJ hendaklah memastikan Ejen Pemungut yang dilantik memindahkan terimaan yang dipungut kepada Akaun Terimaan Utama AO dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas hari transaksi (T+1) selaras dengan SPANM 3/2019. Pihak PTJ diminta untuk merancang proses membuat perakuan bagi melancarkan penutupan akaun bulan April 2023. 

iii.           PTJ diminta untuk mengingatkan pembayar, bayar melalui “Cash/Cheque deposit machine & ATM MEPS” adalah TIDAK DIBENARKAN. (rujuk AP80(d))

Sekian,terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA DAN AKAUN

JANM PERLIS