rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

LAMPIRAN

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

NEGERI PERLIS

UNIT PRESTASI

PEMAKLUMAN MENGENAI PERTUKARAN PENAMA AKAUN BANK DARIPADA TELEKOM MALAYSIA BERHAD (“TM”) KEPADA TM TECHNOLOGY SERVICES SDN BHD (“TM TECH”)

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan e-mel daripada pihak Telekom Malaysia Berhad bertarikh 6 Mac 2023 adalah berkaitan.

2.         Dimaklumkan bahawa selaras dengan penyusunan semula peringkat dalaman (“TM”) kepada (“TM Tech’’) dimana berkuatkuasa pada 1 Mac 2023, TM Tech akan menjadi sebuah entiti operasi tunggal yang menyelaras dan menjalankan perniagaan telekomunikasi TM di Malaysia.

3.         Sehubungan dengan itu, sebarang pembayaran yang dibuat menerusi Cek atau Pindahan Bank, sila pastikan nama penerima akaun bank ditukar daripada Telekom Malaysia Berhad kepada “TM Technology Services Sdn Bhd” bermula 1 Mac 2023. Semua butiran pembayaran yang lain masih kekal (Contohnya: Nombor akaun Bank, kod Swift, Alamat Bank). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini, sila hubungi Pengurus Bahagian Pengurusan Kredit dan Kutipan Kumpulan TM, Puan Ani Fuad di talian 013-3437261.

4.         Disertakan bersama ini surat pemakluman mengenai pertukaran penama akaun bank daripada Telekom Malaysia Berhad (“TM”) kepada TM Technology Services Sdn Bhd (“TM Tech”) untuk rujukan dan perhatian semua Pejabat Perakaunan. Kerjasama dan perhatian Pejabat Perakaunan dalam perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,terima kasih.

-UNIT PRESTASI JANM PERLIS-

LAMPIRAN