faqhubungi-kamiaduan   peta-laman

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

NEGERI PERLIS

UNIT AKAUN

NOTIFIKASI STATUS BAYARAN iGFMAS UNTUK MENGAMBIL TUNAI DI KAUNTER BANK BAGI AKAUN TRANSIT PANJAR WANG RUNCIT JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM) NEGERI PERLIS.

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Merujuk kepada pebincangan bersama pihak bank, telah dipersetujui bahawa semasa wakil pihak PTJ mengambil tunai di bank, akan membawa PERINCIAN BAYARAN iGFMAS yang dijana daripada sistem emaklum(https://emaklumweb.anm.gov.my) atau (eMAKLUM - Jabatan Akauntan Negara Malaysia (anm.gov.my))dan telah ditandatangan pengesahan oleh Ketua Jabatan atau pegawai-pegawai yang telah diberi kuasa( seperti nama-nama yang tertera di dalam Borang Kuasa Tetap AK52).

2.         Bersama-sama ini disertakan contoh emaklum untuk rujukan pihak tuan/puan.

3.         Sebarang maklumat lanjut berhubung perkara ini boleh merujuk kepada Unit Akaun, JANM Perlis ditalian 04-9762766.

Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN.

Surat Arahan Rasmi

Tatacara Menjana Emaklum Baru

Contoh Emaklum Baru