Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2 Dimaklumkan bahawa, Unit Authorization BPTM telah dan sedang melaksanakan aktiviti clean-up peranan Gaji PTJ di semua Pejabat Perakaunan.
3. Information Security Management System (ISMS), iGFMAS akan membuat audit dalam dan luar bagi aktiviti pematuhan MPK Authorization iaitu capaian bagi Wujud ID penyedia Gaji PTJ-HCM berserta pembuktian data peranan di Pejabat Perakaunan .
4. Dengan ini, kami akan menghapuskan peranan PTJ gaji dalam User Master (SU01) yang tidak mematuhi cadangan peranan dan gred dalam MPK. Dimohon PTJ mematuhi cadangan 1 atau cadangan 2. Senario ini diambil kira ketika semakan dan dihapuskan sekiranya tidak mematuhi MPK iaitu :
- Penyedia Gaji PTJ Gred 19-22, selain gred dinyatakan akan dihapuskan.
- Penyedia tidak boleh mempunyai role penyemak atau peraku secara serentak.
- Penyemak atau Peraku boleh pengguna lain.
- Peraku Gaji PTJ Gred 26 ke atas atau gred 41 ke atas.
5. Kami akan memberi capaian peranan Penyemak atau Peraku pada pengguna PTJ gaji yang dipertimbangkan betul mengikut gred. Manakala ID pengguna yang memerlukan peranan Penyedia gaji PTJ kami akan berhubung dengan LA-AO yang berkenaan kerana perlu mematuhi MPK.
Kerjasama dan perhatian yang diberikan didahului ucapan terima kasih.
Sekian.