PENUTUPAN AKAUN BULAN JANUARI 2023
Y.Bhg.Dato’/Tuan/Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa PTJ di bawah seliaan JANM PERLIS perlu mematuhi proses arahan pembayaran penutupan akaun bulanan setiap bulan.
BAYARAN
PTJ TIDAK DIBENARKAN membuat perakuan 2 bagi Arahan Pembayaran SELEPAS jam 12.00 tengah hari pada 31 JANUARI 2023 (SELASA). Proses Perakuan 2 Arahan Pembayaran boleh dibuat semula seperti biasa pada 1 FEBRUARI 2023 (RABU).
TERIMAAN
i. Semua Resit yang dikeluarkan hendaklah dibuat Penyata Pemungut dengan SEGERA. Wang Tunai Belum Dibankkan (CIH) hendaklah berbaki sifar kecuali terimaan selepas waktu bekerja pada 31 JANUARI 2023 sahaja (hari terakhir bekerja setiap bulan).
ii. Bagi terimaan secara e-pembayaran/online, PTJ hendaklah memastikan Ejen Pemungut yang dilantik memindahkan terimaan yang dipungut kepada Akaun Terimaan Utama AO dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas hari transaksi (T+1) selaras dengan SPANM 3/2019. Pihak PTJ diminta untuk merancang proses membuat perakuan bagi melancarkan penutupan akaun bulan Januari 2023.
iii. PTJ diminta untuk mengingatkan pembayar, bayar melalui “Cash/Cheque deposit machine & ATM MEPS” adalah TIDAK DIBENARKAN. (rujuk AP80(d))
Sekian,terima kasih.
UNIT PENGURUSAN DANA DAN AKAUN
JANM PERLIS