MAKLUMAT TERKINI
URUSAN PEMANGKUAN JAWATAN PEMBANTU AKAUNTAN (PELBAGAI GRED) DAN PENOLONG AKAUNTAN (PELBAGAI GRED) DI JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM)
1. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan jawatan Pembantu Akauntan (pelbagai gred) dan Penolong Akauntan (pelbagai gred) seperti berikut:
a. |
Urusan Pemangkuan Pembantu Akauntan W19 ke W22 |
|
b. |
Urusan Pemangkuan Pembantu Akauntan W22 ke W26 |
|
c. |
Urusan Pemangkuan Pembantu Akauntan W26 ke W28 |
|
d. |
Urusan Pemangkuan Penolong Akauntan W29 ke W32 |
|
e. |
Urusan Pemangkuan Penolong Akauntan W29 ke W32 (Khas) |
|
f. |
Urusan Pemangkuan Penolong Akauntan W32 ke W36 |
|
g. |
Urusan Pemangkuan Penolong Akauntan W32 ke W36 (Khas) |
|
h. |
Urusan Pemangkuan Penolong Akauntan W36 ke W40 |
2. Semua permohonan pemangkuan perlu dibuat secara atas talian melalui Sistem Pengurusan Kerjaya Jabatan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (iSPK-AG) melalui capaian https://ispk.anm.gov.my. Hanya calon-calon yang bersedia untuk ditukarkan ke tempat lain mengikut kekosongan sedia ada sahaja digalakkan memohon untuk urusan pemangkuan ini. Permohonan urusan pemangkuan ini perlu dihantar melalui sistem iSPK-AG sebelum atau pada 27 Januari 2023 (Jumaat).
3. YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ tuan/ puan boleh merujuk kepada salinan surat rasmi urusan pemangkuan, garis panduan permohonan dan manual pengguna awam sistem iSPK-AG melalui pautan link google drive berikut:
https://drive.google.com/drive/folders/1kzZ1hArBBAhnXBePGhGXUuS9JTGJ7kap?usp=share_link
4. Sebarang pertanyaan berhubung urusan pemangkuan ini boleh diajukan terus kepada pegawai-pegawai berikut:
Bil |
Nama Pegawai |
No. Telefon |
E-mel Jabatan |
1. |
Puan Jesseca Anak Randi |
03-88821094 |
jesseca.randi |
2. |
Puan Nurul Asma binti Nordin |
03-88821093 |
nurul.asma |
3. |
Cik Nur Shuhada binti Saad |
03-88821093 |
shuhada.saad |
4. |
Puan Ayuni binti Raanin |
03-88821092 |
ayuni |
Sekian, terima kasih.