Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Tuan/ Puan,
Kajian Keberkesanan Perkhidmatan JANM Negeri/ Cawangan Tahun 2022
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa satu Kajian Keberkesanan Perkhidmatan JANM Negeri/ Cawangan Tahun 2022 akan diadakan bermula 17 Oktober 2022 (Isnin) sehingga 17 November 2022 (Khamis). Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan/ puan untuk menjawab kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap keberkesanan perkhidmatan serta cadangan penambahbaikan yang bersesuaian untuk dilaksanakan di JANM Negeri/ Cawangan termasuk Bahagian Akaun Kementerian Kewangan (BA MOF).
3. Sehubungan dengan itu JANM Negeri Perlis mengalu alukan sekurang-kurangnya dua penyertaan daripada setiap PTJ tuan/puan bagi menjawab Kajian Keberkesanan Perkhidmatan JANM Negeri/Cawangan Tahun 2022. Mohon kepada tuan/puan untuk menjawab kedua-dua link yang di sertakan seperti berikut :
Link Kajian Keberkesanan Perkhidmatan JANM Negeri/ Cawangan Tahun 2022 :
https://forms.gle/RxkA8jL7UVjNFQVx8
Link pengesahan (maklum balas pengisian kajian)
https://forms.gle/B5vHiPX7j7Sk7mJ37
Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan/ puan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.