JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
KESAN
PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PANTAI TAHUN 2025
Pertandingan Bola Tampar Pantai telah berjaya diadakan pada 7 Februai 2025 (Jumaat) bertempat di Padang Bola Tampar Pantai, Kangar dari jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi. Pertandingan dianjurkan sempena program terakhir JK KESAN sesi 2023/ 2025. Pertandingan dimain secara liga dan terdiri daripada 4 pasukan yang disertai oleh semua pegawai JANM Negeri Perlis. Pemenang akan diumumkan pada Mesyuarat Agung Tahunan yang akan diadakan pada 12 Februari 2025 (Rabu).