faqhubungi-kamiaduan   peta-laman

jata
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS

KESAN

 MAJLIS BACAAN YASSIN BAGI BULAN OGOS 2024 DAN MAJLIS PERPISAHAN PUAN ROHANI BINTI ABU BAKAR & ENCIK MD HISAM BIN MUSTAFFA

Majlis Bacaan Surah Yassin Bulanan KESAN telah diadakan dengan jayanya pada 4 September 2024 (Rabu), jam 9.30 pagi di dalam Bilik A, Tingkat P, Bangunan Persekutuan Negeri Perlis. Semua pegawai dan kakitangan JANM Negeri Perlis telah bersama-sama membacakan Surah Yassin tersebut yang diketuai oleh Encik Abdul Razak Bin Budin.

Majlis Bacaan Yassin diadakan bersama Majlis Perpisahan Puan Rohani binti Abu Bakar dan Encik Md Hisam bin Mustaffa yang bertukar ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Kedah berkuatkuasa pada 9 September 2024. JANM Perlis merakamkan ucapan terima kasih di atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan Puan Rohani dan En Hisam di sini.

Sambutan majlis hari lahir bulan Julai hingga September 2024 juga diadakan pada akhir majlis tersebut.

bacaan yasin Ogos 2024

LAMPIRAN : FOTO