faqhubungi-kamiaduan   peta-laman

jata

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS

KESAN


PROGRAM HARI KELUARGA TAHUN 2024,
MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR APRIL – JUN DAN
MAJLIS PERPISAHAN PN. NORASMA BINTI AHMAD ASRI


Program Hari Keluarga Tahun 2024 telah berjaya diadakan pada 7 Jun 2024 (Jumaat) bertempat di My Home Village, Arau, Perlis bermula pada pukul 3.00 petang dan berlanjutan hingga 11.00 malam.

Seramai 39 orang ahli KESAN dan 65 orang ahli keluarga yang menyertai program ini. Aktiviti yang diadakan pada hari tersebut terdiri daripada aktiviti sukaneka, mandi kolam dan pada malamnya diadakan acara makan malam secara BBQ. Persembahan karaoke dan penyampaian hadiah kepada pemenang bagi acara sukaneka dan cabutan bertuah telah diadakan dengan meriahnya.

Pada malam hari juga diadakan sambutan hari lahir bagi ahli-ahli KESAN yang dilahirkan dari bulan April hingga Jun.

Di kesempatan itu juga, Majlis Perpisahan Puan Norasma Binti Ahmad Asri (Pembantu Tadbir P/O N22) telah diadakan di mana beliau telah bertukar ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Perlis pada 4 Jun 2024. JANM Perlis merakamkan ucapan terima kasih di atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan beliau di sini.

kesan 07062024

 

Lampiran B : Foto Program Hari Keluarga, Majlis Sambutan Hari Lahir April - Jun dan Majlis Perpisahan Pn. Norasma Binti Ahmad Asri