![]()
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
AKTIVITI PROGRAM JOM XBREAK JANM PERLIS BAGI BULAN OKTOBER 2025
Aktiviti Program Jom XBreak JANM Perlis” telah diadakan pada 24 Oktober 2025 (Jumaat) dan 31 Oktober 2025 (Jumaat). Aktiviti ini dijalankan di Dewan Serbaguna JANM Perlis. Aktiviti ini dikendalikan oleh Jawatankuasa EKSA PROMOSI JANM PERLIS. Selain itu, Aktiviti ini melibatkan semua pegawai dan kakitangan JANM Perlis.
.
Objektif :
Program ini bertujuan untuk menguatkan jantung dan paru-paru, mengurangkan risiko penyakit kronik seperti diabetes dan darah tinggi, meningkatkan Kesihatan mental dengan mengurangkan tekanan dan meningkatkan mood, membantu mengawal berat badan, meningkatkan kualiti tidur dan daya tahan badan secara keseluruhan.



