JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
AKTIVITI PROGRAM (KOSPEN) "KESEDARAN KESIHATAN: SAYANGI KEHIDUPAN, CEGAH PENYAKIT JANTUNG JANM PERLIS 2025"
Aktiviti Program (KOSPEN) “Kesedaran Kesihatan: Sayangi Kehidupan, Cegah Penyakit Jantung JANM Perlis 2025” telah diadakan pada 24 Jun 2025 (Selasa). Aktiviti ini dijalankan di ruang legar pejabat JANM Perlis. Aktiviti ini dikendalikan oleh Jawatankuasa EKSA Latihan. Selain itu, Aktiviti ini melibatkan semua pegawai dan kakitangan JANM Perlis.
Objektif :
Membina komuniti sihat:
Program ini bertujuan untuk membentuk masyaakat yang sihat dan produktif menerusi pembudayaan gaya hidup sihat.
Pencegahan NCD:
Menekankan pencegahan awal risiko penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, darah tinggi, kolestrol dan obesiti.
Meningkatkan Kesedaran:
Meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya gaya hidup sihat dan pemeriksaan Kesihatan secara berkala.