rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

jata

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS

 

 

AKTIVITI SENAMAN REGANGAN DI PEJABAT

 

Aktiviti senaman regangan di pejabat “Jom X-Break” bagi bulan Mei 2024 telah diadakan pada 07 Mei 2024 (Selasa) dan 27 Mei 2024 (Isnin)  jam 9.30 pagi  dengan mengambil masa selama 10 minit. Aktiviti ini dijalankan di ruang legar pejabat JANM Perlis.

Aktiviti ini dikendalikan oleh Jawatankuasa EKSA Latihan dan Promosi. Selain itu, Aktiviti ini melibatkan semua pegawai dan kakitangan JANM Perlis.

Objektif :

Aktiviti ini dijalankan untuk meningkatkan fleksibiliti dan memberi ketenangan kepada seseorang kerana kedudukan statik secara berterusan lebih dari 2 jam akan memberi kesan buruk kepada kesihatan seseorang.

Antara kebaikan senaman regangan ini akan memberi kesegaran dan sentiasa bertenaga dan seterusnya dapat memberi fokus dalam melakukan tugasan seharian.

xbreak mei 2024

Foto aktiviti >>