JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
JAWATANKUASA PROMOSI EKSA JANM PERLIS
AKTIVITI SENAMAN REGANGAN DI PEJABAT
Aktiviti Senaman Regangan di pejabat telah bermula pada 13 Januari 2023 (Jumaat) dan seterusnya akan dijalankan pada setiap hari Isnin pada jam 9.15 pagi dengan mengambil masa 5 minit hingga 10 minit.
Aktiviti ini dilakukan di ‘Workstation’ dan ruang legar hadapan Unit Pentadbiran, dimana satu link akan diberikan ke dalam ‘Group Whatsapp’ rasmi pejabat dan video tersebut akan dipasang pada televisyen pejabat untuk semua pegawai mengikuti langkah-langkah senaman regangan pada hari berkenaan.
Objektif :
Aktiviti ini dijalankan untuk meningkatkan fleksibiliti dan memberi relaksasi kepada fizikal dan mental kerana berkedudukan statik secara berterusan dalam tempoh melebihi dari 2 jam akan memberi banyak kesan buruk kepada kesihatan.
Antara kebaikan senaman regangan ini adalah pegawai akan lebih segar, bertenaga dan dapat memberi fokus untuk bekerja.