JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
UNIT PENGURUSAN KHIDMAT PELANGGAN
TAKLIMAT REFRESHER EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)
Taklimat Refresher Ekosistem Kondusif Sektor Awam (Eksa) telah dijalankan pada tarikh 26 Oktober 2022, mulai 8.30 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Bilik Ibnu Sina, Jabatan Akauntan Negara Negeri Perlis. Taklimat ini dijalankan secara bersemuka dan penyertaan adalah seramai 42 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan dari JANM Perlis.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Khairul Badri bin Ahmad penceramah dari Institut Aminuddin Baki Cawangan Jitra dan taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi nafas baharu kepada kakitangan JANM Perlis terutama kepada kakitangan yang masih belum didedahkan mengenai EKSA. EKSA adalah penjenamaan semula daripada Amalan 5S yang sebelum ini dilaksanakan di setiap jabatan kerajaan.
OBJEKTIF KURSUS
· Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, bersih, kemas dan selesa pada setiap masa.
· Membantu meningkatkan disiplin diri, kreativiti dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga JANM Perlis.
· Membantu meningkatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan.
· Mewujudkan budaya kerja yang ceria dan efektif .