Media Sosial

fb  rss
faqhubungi-kamiaduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Aktiviti Aktiviti Pejabat Perakaunan PERMOHONAN KEAHLIAN KELAB SUKAN (KESAN)

Tuan/Puan,

 

Kepada semua Kakitangan JANM Negeri Perlis yang masih belum menyertai Kelab Sukan dan Kebajikan JANM Negeri Perlis sebagai ahli diminta untuk berbuat demikian dengan mengisi ‘Borang Permohonan Untuk Menjadi Ahli Kelab Sukan Dan Kebajikan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perlis’. Borang ini boleh didapati daripada Puan Diana Wirda Binti Din (Setiausaha Kelab) di Unit Wang Tak Dituntut.

 

Yuran Pendaftaran untuk menyertai Kelab Sukan dan Kebajikan JANM Negeri Perlis ini adalah sebanyak RM 5.00 dan Yuran Bulanan sebanyak RM 5.00 sebulan. Penyertaan tuan/puan sebagai ahli amatlah dialu-alukan bagi menjayakan lagi Kelab Sukan dan Kebajikan JANM Negeri Perlis ini.

 

Sekian, terima kasih.