JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
UNIT PENGURUSAN KHIDMAT PELANGGAN
AKTIVITI TERKINI
KURSUS MODUL HCM : HUMAN CAPITAL MANEGEMENT
25 HINGGA 27 OGOS 2025
BILIK LATIHAN JANM NEGERI PERLIS
Kursus Modul Human Capital Management (HCM) bagi Tahun 2025 yang telah diadakan pada 25-27 Ogos 2025 di Bilik Latihan JANM Negeri Perlis mulai jam 8.30 pagi hingga 04.30 petang ini dijalankan secara bersemuka dan penyertaan adalah seramai 20 orang peserta yang mewakili PTJ dari Negeri Perlis. Penceramah yang bertanggungjawab memberikan ceramah adalah Puan Amizawati binti Ahmad W6 (TBK 1) dari JANM Negeri Perlis dan Fasilitator Cik NoorShuhaily binti Zainal dari JANM Negeri Perlis.
Objektif Kursus
i) Memberi pendedahan kepada fungsi-fungsi Sistem iGFMAS berkaitan Pengurusan Gaji
ii) Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman penggunaan Modul Pengurusan Gaji di Sistem iGFMAS
Kandungan Kursus
1) Pengenalan Modul HCM dan Penyelenggaraan Data Induk
2) Penemuan Audit dan Naziran
3) Punca Kuasa
4) Carta Akaun Akruan dan Penggunaan Kod
5) Perubahan Gaji dan Kemasukan Data
6) Perubahan Gaji dan Kemasukan Data (sambungan)
7) Perubahan Gaji dan Kemasukan Data (sambungan)
8)Simulasi dan Laporan
9)Simulasi dan Laporan (sambungan)
10) Isu dan Penyelesaian service Desk
LAMPIRAN FOTO KURSUS