JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
UNIT PENGURUSAN KHIDMAT PELANGGAN
AKTIVITI TERKINI
KURSUS : PENGENALAN PENGURUSAN DAN PERAKAUNAN ASET
TARIKH : 19- 21 MEI 2025
TEMPAT : KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PERLIS
Kursus Pengenalan Pengurusan dan Perakaunan Aset bagi Tahun 2025 yang telah diadakan pada 19-21 Mei 2025 di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis mulai jam 8.30 pagi hingga 04.30 petang. Kursus ini dijalankan secara bersemuka dan penyertaan adalah seramai 30 orang peserta yang mewakili PTJ dari Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Penceramah yang bertanggungjawab memberikan ceramah adalah Puan Rabiatul Adabiyah binti Mohamed Hashim, Akauntan WA9 dari Jabatan Akauntan Negara Negeri Perlis.
1. Objektif
I. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai konsep serta tatacara Pengurusan Aset dan Perakaunan Aset.
II. Memberi kesedaran tentang kepentingan Perakaunan Aset dalam kerajaan.
2. Kandungan Kursus
I. Hubungkait antara pengurusan aset dengan perakaunan aset (slot 1).
II. Hubungkait antara pengurusan aset dengan perakaunan aset (slot 2).
III. Hubungkait dan kekeliruan.
IV. Implikasi kesilapan catatan dan penemuan audit.
V. Kepentingan pengurusan dan perakaunan asset.
VI. Perolehan Aset.
VII. Punca kuasa pengurusan dan perakaunan asset.
VIII. Punca perakaunan, pengurusan asset dan perlaporan berkaitan.
Lampiran B - Foto Kursus