JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
UNIT PENGURUSAN KHIDMAT PELANGGAN
AKTIVITI TERKINI
KURSUS : KURSUS PENGURUSAN EMOLUMEN SEKTOR AWAM TARIKH : 28 – 30 APRIL 2025 TEMPAT : JABATAN VETERINAR NEGERI PERLIS. |
Kursus Pengurusan Emolumen Sektor Awam bagi Tahun 2025 yang telah diadakan pada 28 – 30 April 2025 di Jabatan Veterinar, Negeri Perlis mulai jam 8.30 pagi hingga 04.30 petang. Kursus ini dijalankan secara bersemuka dan penyertaan adalah seramai 20 orang peserta yang mewakili PTJ dari Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Penceramah yang bertanggungjawab memberikan ceramah adalah Puan Fidaturosziana binti Had, Penolong Akauntan W5 dari Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis.
1. Objektif
i. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai konsep serta tatacara Pengurusan Gaji Kerajaan.
ii. Dapat mengaplikasikan tatacara Pengurusan Gaji Kerajaan dalam tugasan pengurusan gaji kerajaan di pejabat masing-masing.
2. Kandungan Kursus
i. Pengenalan kepada Pengurusan GAji & Emolumen Kerajaan
ii. Pengenalan & Pemahaman kepada Penyata Penubuhan Mengenai pendapatan seorang Pegawai (KEW.8).
iii. Pengurusan Penyata Perubaham Mengenai Pendapat seorang Pegawai (kew.8) Pemangkuan dan kenaikan pangkat/penempatan khas.
iv. Pengenalan kepada Sistem i-GFMAS : SAP-HCM dan penyediaan SG 20
v. Pengenalan kepada laporan dan boring-borang
vi. Pengurusan emolument pegawai lantikan baru/pindahmasuk, pemulangan emolument AP327(b) dan isu masalah dalam pengurusan emolument.
vii. Elaun-elaun dalm perkhidmatan awam yang memerlukan kew8/pendahuluan diri emolument FAQ SPANM 7/2018
viii. Isu dan masalah dalam pengurusan potongan cukai berjadual (PCB)
Lampiran - Foto Kursus