rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

jata
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS

UNIT PENGURUSAN KHIDMAT PELANGGAN

AKTIVITI TERKINI

 KURSUS PENGENALAN MPSAS

17 HINGGA 19 FEBRUARI 2025

BILIK LATIHAN JABATAN IMIGRESEN NEGERI PERLIS

Kursus Pengenalan MPSAS bagi Tahun 2025 yang telah diadakan pada 17-19 Februari 2025 di Jabatan Veteriner Negeri Perlis mulai jam 8.30 pagi hingga 04.30 petang ini dijalankan secara bersemuka dan penyertaan adalah serami 30 orang peserta yang mewakili PTJ dari Negeri perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Penceramah yang bertanggungjawab memberikan ceramah adalah Puan Nur Najwa binti Abd Rahim Akauntan WA10 dari Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan Puan Nurul Syuhada binti Mohmad Ghazali Akauntan WA10 dari Hospital Tuanku Fauziah Beseri Perlis.

Objektif Kursus

       1.  Memberi kefahaman berhubung skop, konsep, prinsip dan andaian dalam perakaunan akruan.

       2.  Memberi pendedahan berkaitan polisi dan piawaian yang digunakan dalam pelaksanaan perakaunan akruan Kerajaan Persekutuan.

Kandungan Kursus.

  1. Kajian Kes/Latih Amal
  2. MPSAS Hasil
  3. Mpsas Liabiliti dan Ekuiti
  4. MPSAS Perakaunan Aset (Bahagian 1)
  5. MPSAS Perakaunan Aset (Bahagian 2)
  6. MPSAS Persembahan Penyata Kewangan
  7. Pengenalan Kepada MPSAS
  8. Perakaunan Belanja

Lampiran B - Foto