rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

jata
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS

 

UNIT PENGURUSAN KHIDMAT PELANGGAN

 

AKTIVITI TERKINI

 

KURSUS    : KURSUS PENGURUSAN ELAUN DAN KEMUDAHAN SEKTOR AWAM
TARIKH      : 26-28 OGOS 2024
TEMPAT     : BILIK SEMINAR JKKN NEGERI PERLIS 

 

Kursus Pengurusan Elaun dan Kemuadahan Sektor Awam bagi Tahun 2024 yang telah diadakan pada 26-28 Ogos 2024 di Bilik Seminar JKKN Negeri Perlis mulai jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Kursus ini dijalankan secara bersemuka dan penyertaan adalah seramai 40 orang peserta yang mewakili PTJ dari Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Penceramah yang bertanggungjawab memberikan ceramah adalah Puan Nur Amilina Sasha binti Aminuddin, Akauntan WA41 dan Encik Mohd Aswad bin Abdul Razak Penolong Akauntan W32 dari Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

  1. Objektif
  1. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai jenis-jenis elaun dan kemudahan penjawat awam dalam kerajaan.
  2. Dapat mengaplikasikan tatacara pengurusan elaun dan kemudahan penjawat awam Kerajaan dalam melaksanakan tugasan pengurusan kewangan di pejabat masing-masing.
  1. Kandungan Kursus
  1. Pengenalan kepada jenis-jenis elaun dan penerangan kepada elaun, kemudahan dan bayaran semsa menjalankan tugas rasmi (Dalam Negeri)
  2. Penerangan kepada elaun, kemudahan dan bayaran semasa menjalankan tugas rasmi (dalam Negeri)
  • Penerangan kepada elaun pertukaran dan perpindahan
  1. Penerangan kepada elaun lebih masa
  2. Tatacara dan perakaunan pinjaman computer/telefon pintar dan kenderaan
  3. Tatacara perakaunan Pendahuluan Diri dan Pendahuluan Pelbagai

 

WhatsApp Image 2024 09 12 at 12.35.09 PM WhatsApp Image 2024 09 12 at 1.10.35 PM 1

 LAMPIRAN > FOTO KURSUS