JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
UNIT PENGURUSAN KHIDMAT PELANGGAN
AKTIVITI TERKINI
KURSUS : KURSUS PENGURUSAN PERAKAUNAN TERIMAAN HASIL SEKTOR AWAM TARIKH : 09-11 JULAI 2024 TEMPAT : DEWAN SRI INANG IPGM PERLIS |
Kursus Pengurusan Perakaunan Terimaan Hasil Sektor Awam bagi Tahun 2024 yang telah diadakan pada 09-11 Julai 2024 di Dewan Sri Inang IPGM Negeri Perlis mulai jam 8.30 pagi hingga 04.30 petang. Kursus ini dijalankan secara bersemuka dan penyertaan adalah seramai 30 orang peserta yang mewakili PTJ dari Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Penceramah yang bertanggungjawab memberikan ceramah adalah Puan Nirwani Binti Mustafa, Akauntan WA44 dan Encik Norizal bin Abidin Penolong Akauntan W36 dari Pejabat Perbendaharaan Negeri Perlis.
1. Objektif
i. Memberi penerangan mengenai tatacara Pengurusan Terimaan/Hasil Kerajaan dan cara pengendalian perakaunannya.
2. Kandungan Kursus
i. Pengenalan Sistem Perakaunan Kerajaan, Tatacara Pengurusan Terimaan Kerajaan(SPANM7/2019)
ii. Jenis-jenis hasil
iii. MPSAS Hasil
iv. Tatacara Pungutan (epayment), Terimaan Kaunter, Kios, Pos Malaysia Portal Kementerian Perbankan interner dll.
v. Pengurusan Akaun Belum Terima
vi. Perakauanan Penjejsan ABT dan Tatacara Pengurusan Bayaran Balik Hasil.