Kursus Generik Kewangan Zon Utara (PERLIS) Igfmas Modul AR (ACCOUNT RECEIVABLE) bagi Tahun 2024 yang telah diadakan pada 10-12 Jun 2024 di Makmal Komputer Aras 4, JANM Negeri Perlis mulai jam 8.30 pagi hingga 04.30 petang. Kursus ini dijalankan secara bersemuka dan penyertaan adalah seramai 20 orang peserta yang mewakili PTJ dari Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Penceramah yang bertanggungjawab memberikan ceramah adalah Puan Nurul Syuhada Binti Mohmad Ghazali, Akauntan WA41 dan Fasilitator Puan Rizza Ezziani Binti Che Rus, Penolong Akauntan W29 (KUP) dari Hospital Tuanku Fauziah Kangar, Perlis.