rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Coat of arms of Malaysia - Wikipedia
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS

KURSUS AKRAB ZON UTARA 2026

“Professionalism & Work Cycle Implications”

Kursus AKRAB Zon Utara 2026 bertemakan “Professionalism & Work Cycle Implications” akan berlangsung pada 20 hingga 22 September 2026 bertempat di Institut Pengurusan Peladang, Langkawi. Kursus ini melibatkan seramai 62 orang peserta daripada pelbagai agensi dan jabatan di Zon Utara.

Kursus ini bertujuan untuk memperkukuh profesionalisme, membina sikap positif serta meningkatkan keupayaan warga kerja dalam mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni, produktif dan berdaya saing.

Objektif Kursus

• Membina sikap positif serta meningkatkan keupayaan bekerja secara berpasukan dalam kalangan warga kerja.

• Memperkasa profesionalisme serta meningkatkan pemahaman terhadap implikasi kitaran kerja (Work, Cycle & Implication) dalam usaha mempertingkatkan kualiti dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan.

• Meningkatkan prestasi, keharmonian, kepuasan dan dedikasi warga kerja berteraskan konsep Success, Greatness & Happiness.

• Memupuk kesedaran kendiri dan pemikiran positif serta meningkatkan keupayaan warga kerja dalam mengawal dan mengurus emosi secara berkesan.

Diharapkan pelaksanaan kursus ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta dalam memperkukuh nilai profesionalisme, membina hubungan kerja yang positif serta menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan organisasi.