Media Sosial

fb  rss
faqhubungi-kamiaduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2024 Arkib Pengumuman 2024 PENYEDIAAN BAUCAR BAYARAN SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

PENYEDIAAN BAUCAR BAYARAN SEMPENA  SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI  

Y.Bhg.Dato’/Tuan/Puan,  

Adalah dimaklumkan bahawa PTJ di bawah seliaan JANM PERLIS perlu  mematuhi proses arahan pembayaran Sempena Sambutan Hari Raya  Aidilfitri (1445 Hijrah).  

BAYARAN (ARAHAN PEMBAYARAN DENGAN PESANAN KERAJAAN DAN  ARAHAN PEMBAYARAN TANPA PESANAN KERAJAAN)  

PTJ TIDAK DIBENARKAN membuat perakuan 2 bagi Arahan  Pembayaran (Arahan Pembayaran Dengan Pesanan Kerajaan dan  Arahan Pembayaran Tanpa Pesanan Kerajaan) SELEPAS jam 10.00  pagi pada 09 APRIL 2024 (SELASA). Proses Perakuan 2 Arahan  Pembayaran boleh dibuat semula seperti biasa pada 12 APRIL 2024  (JUMAAT).  

TERIMAAN  

I. Semua Resit yang dikeluarkan hendaklah dibuat Penyata Pemungut  dengan SEGERA dan DIBANKKAN sebelum jam 12.00 tengah  hari pada 09 APRIL 2024.  

II. Bagi terimaan secara e-pembayaran/online, PTJ hendaklah  memastikan Ejen Pemungut yang dilantik memindahkan terimaan  yang dipungut kepada Akaun Terimaan Utama AO dalam tempoh  satu (1) hari bekerja selepas hari transaksi (T+1) selaras dengan  SPANM 3/2019.  

III. PTJ diminta untuk mengingatkan pembayar, bayar melalui  “Cash/Cheque deposit machine & ATM MEPS” adalah TIDAK  DIBENARKAN. (rujuk AP80(d))  

Sekian,terima kasih.  

UNIT PENGURUSAN DANA DAN AKAUN  

JANM PERLIS