Media Sosial

fb  rss
faqhubungi-kamiaduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PENUTUPAN AKAUN BULAN NOVEMBER 2023

PENUTUPAN AKAUN BULAN NOVEMBER 2023

Y.Bhg.Dato’/Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa PTJ di bawah seliaan JANM PERLIS perlu mematuhi proses arahan pembayaran penutupan akaun bulanan setiap bulan.

BAYARAN

PTJ TIDAK DIBENARKAN membuat perakuan 2 bagi Arahan Pembayaran SELEPAS jam 12.00 tengah hari pada 30 NOVEMBER 2023 (KHAMIS) Proses Perakuan 2 Arahan Pembayaran boleh dibuat semula seperti biasa pada 01 DISEMBER 2023 (JUMAAT).

TERIMAAN

1. Semua Resit yang dikeluarkan hendaklah dibuat Penyata Pemungut dengan SEGERA. Wang Tunai Belum Dibankkan (CIH) hendaklah berbaki sifar kecuali terimaan selepas waktu bekerja pada 30 NOVEMBER 2023sahaja(hari terakhir bekerja setiap bulan).  

2. Bagi terimaan secara e-pembayaran/online, PTJ hendaklah memastikan Ejen Pemungut yang dilantik memindahkan terimaan yang dipungut kepada Akaun Terimaan Utama AO dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas hari transaksi (T+1) selaras dengan SPANM 3/2019. Pihak PTJ diminta untuk merancang proses membuat perakuan bagi melancarkan penutupan akaun bulan NOVEMBER 2023

3. PTJ diminta untuk mengingatkan pembayar, bayar melalui “Cash/Cheque deposit machine & ATM MEPS” adalah TIDAK DIBENARKAN. (rujuk AP80(d))

PANJAR WANG RUNCIT (PWR)

Semua PTJ perlu memastikan supaya rekupmen PWR ditunaikan dan PENERIMAAN REKUPMEN (1GFMAS) dilakukan sebelum pukul 4.00 PETANG pada 24.11.2023 (JUMAAT)

Mana-mana PTJ yang gagal mematuhi arahan ini perlu mengemukakan surat tunjuk sebab kepada pihak JANM Perlis. Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian,terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA DAN AKAUN

JANM PERLIS