Media Sosial

fb  rss
faqhubungi-kamiaduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PENGHANTARAN SIJIL PENGESAHAN BAKI AMANAH BAGI JULAI 2023 DAN PENGHANTARAN SIJIL PENGESAHAN BAKI DEPOSIT BAGI JULAI 2023.

JABATAN AKAUTAN NEGARA MALAYSIA

NEGERI PERLIS

UNIT PENGURUSAN AKAUN

PERINGATAN

PENGHANTARAN SIJIL PENGESAHAN BAKI AMANAH BAGI JULAI 2023 DAN PENGHANTARAN SIJIL PENGESAHAN BAKI DEPOSIT BAGI JULAI 2023.

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan Surat Pekeliling Jabatan Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 4 Tahun 2021 - Tatacara Pengurusan Kumpulan Wang Amanah Kerajaan dan Akaun Amanah Awam dan Surat Pekeliling Jabatan Akauntan Negara  Malaysia (SPANM) Bil. 1 Tahun 2023 -Tatacara Pengurusan Akaun Deposit.

2. Berdasarkan kepada SPANM 4/2021 dan SPANM 1/2023 telah digariskan dengan jelas peraturan dan tanggungjawab PTJ untuk mengesahkan transaksi telah diperakaunkan dengan betul dan mengemukakan Sijil Pengesahan Baki setiap bulan kepada Unit Akaun, JANM Perlis dalam tempoh 14 hari dari hari pertama bekerja pada bulan berikutnya.

3. Walau bagaimanapun, semakan mendapati jabatan/PTJ tuan/puan masih belum mengemukakan Sijil Pengesahan Baki bagi bulan Julai 2023.

4. Sehubungun dengan itu, tuan/puan dikehendaki untuk menghantar Sijil Pengesahan Baki dalam tempoh 7 hari daripada tarikh surat ini dikeluarkan. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN 

1. SURAT PERINGATAN SIJIL PENGESAHAN BAKI AMANAH

2. SURAT PERINGATAN SIJIL PENGESAHAN DEPOSIT JULAI 2023