Media Sosial

fb  rss
faqhubungi-kamiaduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023  MAKLUMAN BERKENAAN PERINGATAN MESRA BERKAITAN DENGAN URUSAN PEROLEHAN DI JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM) NEGERI PERLIS

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

NEGERI PERLIS

PENTADBIRAN & KEWANGAN

MAKLUMAN BERKENAAN PERINGATAN MESRA BERKAITAN DENGAN URUSAN PEROLEHAN DI JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM) NEGERI PERLIS

 Adalah diingatkan bahawa, semua urusan perolehan di JANM Negeri Perlis seperti apa-apa bekalan yang dihantar mestilah tidak lewat daripada tarikh yang ditetapkan di dalam sistem e-Perolehan. Ini selaras dengan Pekeliling Perolehan Kerajaan, PK8 Tindakan Tatatertib Ke Atas Syarikat Dalam Perolehan Kerajaan, yang mana pekeliling ini menerangkan mengenai tindakan tatatertib yang akan dikenakan ke atas individu, syarikat, firma, perunding dan pertubuhan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan bagi kesalahan yang dilakukan oleh syarikat dan firma perunding.

Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan agar pihak yang berkenaan mengambil maklum mengenai peringatan dan makluman berkenaan perkara diatas.