Media Sosial

fb  rss
faqhubungi-kamiaduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 BORANG PERMOHONAN KELULUSAN TERIMAAN SECARA ELECTRONIC FUND TRANSFER (EFT) MELALUI AKAUN TERIMAAN PEJABAT PERAKUANAN

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

NEGERI PERLIS

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selaras dengan dasar Kerajaan  dalam menggalakkan dan menyokong ke arah komuniti tanpa tunai (cashless society)  telah menjadi agenda utama dalam kaedah pembayaran bagi perkhidmatan yang telah diberikan.

Atas dasar ini, terdapat permintaan dari pelbagai pihak pembayar yang terdiri daripada syarikat, agensi  kerajaan, badan berkanun untuk mendapatkan nombor akaun terimaan JANM Perlis bagi tujuan pembayaran secara atas talian melalui Pejabat Pemungut.

Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan sebarang permohonan akaun terimaan JANM Perlis dalam melaksanakan pembayaran secara atas talian oleh pihak pembayar, perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu dari JANM Perlis sebelum pembayaran dibuat.

Permohonan penggunaan akaun terimaan JANM Perlis adalah melalui Pejabat Tanggungjawab/Pejabat Pemungut bagi pihak pembayar.

Bersama-sama ini, dilampirkan Borang Permohonan Kelulusan Termaan Secara Electronic Find Transfer (EFT) Melalui Akaun Terimaan Pejabat Perakaunan (LAMPIRAN 2).

Sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan Pegawai yang berkaitan (Unit Dana JANM PERLIS)

Sekian Terima Kasih.

BAHAGIAN PENGURUSAN DANA DAN AKAUN

JANM PERLIS

LAMPIRAN 2 : BORANG PERMOHONAN KELULUSAN TERIMAAN SECARA ELECTRONIC FUND TRANSFER (EFT) MELALUI AKAUN TERIMAAN PEJABAT PERAKAUNAN