Media Sosial

fb  rss
faqhubungi-kamiaduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PEMAKLUMAN MENGENAI CAJ YANG DIKENAKAN (EXPIRY FEE) BAGI KIRIMAN WANG (MONEY ORDER) YANG DIKELUARKAN OLEH PEJABAT POS MALAYSIA BERHAD

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Tuan/ Puan,

PEMAKLUMAN MENGENAI CAJ YANG DIKENAKAN (EXPIRY FEE) BAGI KIRIMAN WANG (MONEY ORDER) YANG DIKELUARKAN OLEH PEJABAT POS MALAYSIA BERHAD

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Adalah dimaklumkan, terdapat isu berkaitan transaksi debit di Akaun Bank Terimaan Utama Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dan ianya adalah daripada transaksi expiry fee oleh Pos Malaysia ke atas Money Order yang diterima dan diproses selepas tarikh tamat tempoh. Selaras dengan keputusan Mesyuarat Berkaitan Isu Transaksi Debit di Akaun Bank Terimaan JANM Perlis bertarikh 20 Jun 2023, berikut adalah pemakluman mengenai Money Order yang berkaitan :

        i.            Pada Januari 2021 Money Order/ Postal Order (MOPO) telah digabungkan menjadi Money Order sahaja. Tarikh sah Money Order adalah dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh akhir bulan dikeluarkan (contoh:  jika Money Order dikeluarkan pada 15 Januari 2023, tarikh tamat tempoh adalah pada 30 April 2023).

      ii.            Caj-caj yang dikenakan ke atas Money Order ada terkandung di dalam pekeliling operasi Pos Malaysia (Revised 2021). Terdapat dua (2) caj yang boleh dikenakan iaitu pertama, semasa pembelian Money Order  oleh individu di kaunter Pos Malaysia (first commission) dan kedua adalah caj yang dikenakan sekiranya Money Order diterima dan diproses selepas tarikh tamat tempoh (second commission) yang dikenakan kepada penuntut/bank.

Amaun caj tersebut adalah seperti berikut:

Nilai Money Order          Amaun Caj Fi

RM0.00 - RM49.99                RM3.90

RM50.00 dan ke atas            RM5.90

3.     Sehubungan dengan itu, Pusat Tanggungjawab (PTJ) dimohon untuk memastikan tempoh Cek/ Draf Bank/ Wang Pos/ Kiriman Wang masih sah laku untuk ditunaikan SEGERA (sekurang-kurangnya dua(2) minggu daripada tarikh tamat tempoh Money Order tersebut) samada melalui kaunter Pos Malaysia (individu) atau bank selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 3 Tahun 2019 bagi mengelakkan sebarang Expiry Fee (caj yang dikenakan sekiranya Money Order diterima dan diproses selepas tarikh tamat tempoh (second commission). Transaksi debit Expiry Fee adalah TIDAK DIBENARKAN di Akaun Terimaan Utama JANM.

4.       Kegagalan PTJ mematuhi perkara ini boleh menyebabkan PTJ yang terlibat untuk menanggung Expiry Fee berkenaan.

Sekian, terima kasih.

 

SEKSYEN OPERASI JANM PERLIS