Media Sosial

fb  rss
faqhubungi-kamiaduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PENYERAGAMAN PENGGUNAAN KOD AKAUN (CARTA AKAUN AKRUAN - CAA)

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

NEGERI PERLIS

UNIT PENGURUSAN ASET

PENYERAGAMAN PENGGUNAAN KOD AKAUN (CARTA AKAUN AKRUAN - CAA)

Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman, penggunaan kod akaun (CAA), perihal dan modul bayaran yang kerap digunakan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) telah diseragamkan melalui platform MyCODE yang telah dibangunkan oleh JANM Selangor  bersama semua Pejabat Perakaunan. Ini bertujuan bagi memastikan proses semakan AO yang standard oleh semua Pejabat Perakaunan dan mengelakkan aduan ketidakseragaman di antara Pejabat Perakaunan.

3. Sehubungan dengan itu, Pejabat Perakaunan dan PTJ boleh merujuk kepada MyCODE sebagai panduan dan rujukan bagi tujuan penyediaan/ semakan Pesanan Kerajaan/ Arahan Pembayaran dan transaksi-transaksi lain yang berkaitan. MyCODE ini boleh diakses melalui pautan berikut :  

https://shorturl.at/jqTW5

4. Pejabat Perakaunan hendaklah memanjangkan SURAT EDARAN BPOPP BILANGAN 6 TAHUN 2023 bertarikh 26 Mei 2023 kepada PTJ. Surat edaran ini berkuat kuasa mulai 1 Julai 2023.

Sekian, terima kasih

SURAT EDARAN BPOPP BILANGAN 6TAHUN 2023