Media Sosial

fb  rss
faqhubungi-kamiaduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PENYEDIAAN BAUCAR BAYARAN SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

UNIT PENGURUSAN DANA DAN AKAUN

PENYEDIAAN BAUCAR BAYARAN SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

Y.Bhg.Dato’/Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa PTJ di bawah seliaan JANM PERLIS perlu mematuhi proses arahan pembayaran Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri (1444 Hijrah).

BAYARAN

PTJ TIDAK DIBENARKAN membuat perakuan 2 bagi Arahan Pembayaran SELEPAS jam 2.00 PETANG pada 20 APRIL 2023 (KHAMIS). Proses Perakuan 2 Arahan Pembayaran boleh dibuat semula seperti biasa pada 24 APRIL 2023 (SELASA).

TERIMAAN

i.             Semua Resit yang dikeluarkan hendaklah dibuat Penyata Pemungut dengan SEGERA. Wang Tunai Belum Dibankkan (CIH) hendaklah berbaki sifar kecuali terimaan selepas waktu bekerja pada 20 APRIL 2023 sahaja.

ii.            Bagi terimaan secara e-pembayaran/online, PTJ hendaklah memastikan Ejen Pemungut yang dilantik memindahkan terimaan yang dipungut kepada Akaun Terimaan Utama AO dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas hari transaksi (T+1) selaras dengan SPANM 3/2019.

iii.          PTJ diminta untuk mengingatkan pembayar, bayar melalui “Cash/Cheque deposit machine & ATM MEPS” adalah TIDAK DIBENARKAN. (rujuk AP80(d))

Sekian,terima kasih.