Media Sosial

fb  rss
faqhubungi-kamiaduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2022 Arkib Pengumuman 2022 HEBAHAN : Tarikh Akhir Penghantaran Permohonan Bayaran Balik Hasil Tahun 2022

Kepada : SEMUA PUSAT TANGGUNGJAWAB(PTJ)  DI BAWAH SELIAAN JANM PERLIS

Tarikh Akhir Penghantaran Permohonan Bayaran Balik Hasil Tahun 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 2.    Dimaklumkan bahawa tarikh akhir bagi penghantaran Permohonan Bayaran Balik Hasil bagi tahun 2022 adalah pada 18 November 2022(Jumaat).

3.    Oleh yang demikian, diharap pihak tuan/puan dapat mematuhi tarikh akhir tersebut bagi melancarkan proses pembayaran di peringkat JANM Perlis.

4. Diharap PTJ dapat menghantar dokumen Bayaran Balik Hasil lebih awal dari tarikh tersebut untuk pemprosesan bayaran dan dokumen yang diterima selepas tarikh tersebut akan di pulangkan semula kepada PTJ.

 5.    Jika terdapat sebarang pertanyaan, pihak tuan/puan boleh hubungi jabatan ini di talian 04-9762766 sambungan  En. Hasbullah bin Md Lazim-106, En. Abdul Razak– 129 /Aimi Safira bt Said-129

6.    Kerjasama dari semua PTJ amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.