Media Sosial

fb  rss
faqhubungi-kamiaduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2022 Arkib Pengumuman 2022 PENGHANTARAN PENGESAHAN LAPORAN SIJIL PENGESAHAN BAKI DAN PENYESUAIAN AMANAH

HEBAHAN

Semua Ketua Jabatan Persekutuan

Semua Ketua Pusat Tanggungjawab

Negeri Perlis

Tuan/Puan,

PENGHANTARAN PENGESAHAN LAPORAN SIJIL PENGESAHAN BAKI DAN PENYESUAIAN  AMANAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mengeluarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 4 Tahun 2021 - Tatacara Pengurusan Kumpulan Wang Amanah Kerajaan dan Akaun Amanah Awam. Oleh yang demikian menjadi tanggungjawab setiap PTJ yang menggunakan Akaun Amanah untuk mengemukakan Sijil Pengesahan Baki dan Penyesuaian Akaun Amanah  setiap bulan kepada Unit Akaun, JANM Negeri Perlis secara bulanan selewat-lewatnya pada 14 hari bulan berikutnya.

3.         Sehubungan itu, PTJ adalah dikehendaki untuk mengemukakan Sijil Pengesahan Baki dengan menggunakan format di dalam SPANM Bil. 4 Tahun 2021 secara hardcopy beserta surat iringan kepada JANM Perlis. Format penyediaan Sijil Pengesahan Baki boleh dimuat turun di portal JANM ( www.anm.gov.my ) diruangan pekeliling. Surat makluman ini boleh dimuat turun di Portal JANM Negeri Perlis.

4.         PTJ perlu mengemukakan Surat Penjelasan Lewat Kemukakan Sijil Pengesahan Baki sekiranya melepasi tempoh yang telah ditetapkan. Sila berhubung dengan pegawai di Unit Akaun di talian 04-9762766 untuk sebarang pertanyaan dan penjelasan lanjut.

     4.1 Puan Suriyani Binti Taibe

      4.2 Puan Siti Fairuz Binti Saidin

Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN

SURAT PENGHANTARAN PENGESAHAN LAPORAN SIJIL PENGESAHAN BAKI DAN PENYESUAIAN AMANAH