Media Sosial

fb  rss
faqhubungi-kamiaduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2021 Arkib Pengumuman 2021 Surat Edaran BPOPP Bil 4 Tahun 2021 - Penyelarasan Kod Vendor Akaun Terimaan Pejabat Perakaunan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
 
Tuan / Puan
 
Selaras dengan strategi pelaksanaan semakan tambahan (second validation) bagi pembayaran Kerajaan pada masa hadapan, terdapat keperluan untuk penyelarasan penggunaan kod vendor gunasama bagi Akaun Terimaan Pejabat Perakaunan. Ini melibatkan senario bagi pembayaran oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) kepada PTJ yang lain melalui Akaun Terimaan Pejabat Perakaunan.
 
Sehubungan itu, dikemukakan maklumat kod vendor setiap Akaun Terimaan Pejabat Perakaunan nombor rujukan JANM.BPOPP.600-12/2/28 Jld.2 (23) bertarikh 29 Oktober 2021 seperti di lampiran untuk rujukan dan tindakan Tuan/ Puan jua.
 
Sekian, terima kasih.
 
"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"Inovasi Digital Pemacu Prestasi Unggul"

Saya yang menjalankan amanah,
 
( SURIYANI BINTI TAIBE )
Unit Pengurusan Dana & Akaun
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Perlis