Media Sosial

fb  rss
faqhubungi-kamiaduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2021 Arkib Pengumuman 2021 TAKLIMAT WANG TAK DITUNTUT (WTD)

YB/YBhg. Datuk/Dato’/YBrs. Dr./Tuan/Puan,

TAKLIMAT WANG TAK DITUNTUT (WTD)

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Negeri Perlis akan menganjurkan Taklimat Wang Tak Dituntut (WTD) seperti ketetapan berikut:

            Tarikh  : 6 Oktober 2021

            Masa   : 9.30 pagi hingga 11.30 pagi

            Tempat : Secara atas talian ( pautan akan diberikan kemudian )

3.         Justeru itu Jabatan ini mengalu-alukan penyertaan YB/YBhg. Datuk/Dato’/YBrs. Dr./Tuan/Puan serta pegawai-pegawai di bawah seliaan bagi menjayakan penganjuran taklimat ini di samping mendapat maklumat tentang semakan dan tuntutan balik Wang Tak Dituntut (WTD). Dipohon kerjasama YB/YBhg. Datuk/Dato’/YBrs. Dr./Tuan/Puan yang berminat untuk mengisi pengesahan penyertaan di google form https://forms.gle/dm2buMkPNBMZXGbz5. Permohonan penyertaan dibuka sehingga 29 September 2021 (Rabu). Sebarang pertanyaan sila hubungi 04-9762766 (Unit Wang Tak Dituntut). Penyertaan YB/YBhg. Datuk/Dato’/YBrs. Dr./Tuan/Puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.