Media Sosial

fb  rss
faqhubungi-kamiaduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2021 Arkib Pengumuman 2021 PENGECUALIAN ARAHAN PERBENDAHARAAN/ARAHAN PERBENDAHARAAN/ARAHAN LAIN YANG BERKUATKUASA DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera,

Tuan/ Puan,

PERTANYAAN BERKAITAN PENGECUALIAN ARAHAN PERBENDAHARAAN/ ARAHAN PERBENDAHARAN/ ARAHAN LAIN YANG BERKUATKUASA DALAM PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Berdasarkan kepada pengecualian Arahan Perbendaharaan (AP), Pekeliling Perbendaharaan (PP), Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) dan arahan operasi di dalam soalan lazim (FAQ) JANM bagi tempoh PKP yang telah diedarkan oleh BPOPP melalui emel rujukan rujukan emel : BPOPP/SPO (Emel)/2020 (46) bertarikh 11 April 2020 dan surat pengecualian MOF rujukan MOF.BSKK 600-2/2/3 Jilid 4(46) bertarikh 9 April 2020.

2.      Susulan daripada FAQ bertarikh 11 April 2020 iaitu berdasarkan kepada arahan Kerajaan dari semasa ke semasa bagi situasi pendemik Covid-19, BPOPP melalui surat rujukan JANM. BPOPP.600-15/4/13(5) bertarikh 17 Jun 2020 telah memaklumkan bahawa semua AP,PP,SPANM dan arahan operasi JANM hendaklah dipatuhi bermula 10 Jun 2020 kecuali bagi PTJ yang berada dalam zon merah atau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Namun dalam keadaan gelombang pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir sehingga kini, terdapat Kementerian atau Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang diarahkan tutup ataupun tidak dapat menjalankan operasi dari semasa ke semasa.

3.      Sehubungan dengan itu, bagi mengambilkira senario-senario di atas, pengecualian AP, PP, SPANM dan arahan operasi terpakai jika PTJ tidak dapat menjalankan operasi dengan arahan daripada Ketua Jabatan berikutan pandemik Covid-19. Walaubagaimanapun PTJ hendaklah memaklumkan kepada Pejabat Perakaunan berhubung dengan operasi-operasi yang tidak dapat dijalankan bagi tujuan pemantauan. Pejabat Perakaunan akan meneliti situasi dan PTJ dinasihatkan supaya pematuhan terhadap peraturan kewangan dan perakaunan terkawal dan tidak menyumbang kepada risiko kehilangan wang serta penyelewengan.

4.      Kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh Tuan/ Puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Surat Kelulusan Pengecualian APPP Bagi Kew Perakaunan Dlm Tempoh PKP 1

KEMASKINI JANM FAQ PKP Permohonan Pengecualian SPANM Berkaitan dan Arahan Operasi 1 1