Media Sosial

fb  rss
faqhubungi-kamiaduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2021 Arkib Pengumuman 2021 SOAL SELIDIK MENGENAI TAHAP PENGGUNAAN/ PEMAHAMAN LAPORAN DI PORTAL iGFMAS OLEH PTJ

Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Dimaklumkan JANM sedang dalam tindakan bagi mendapatkan input mengenai tahap penggunaan dan kefahaman pegawai di PTJ terhadap laporan-laporan di portal iGFMAS. Ini adalah bagi mengenalpasti punca laporan-laporan di portal iGFMAS tidak gunakan sepenuhnya dan mengenalpasti kaedah yang efisien bagi penyampaian maklumat untuk mempertingkatkan tahap pemahaman pegawai di peringkat PTJ . Tempoh kajian adalah bermula 15 Februari 2021 sehingga 24 Februari 2021.

PENYATAAN MASALAH (PROBLEM STATEMENT) BAGI SOAL SELIDIK  “JANM TELAH MENYEDIAKAN PELBAGAI JENIS LAPORAN DI PORTAL iGFMAS. NAMUN DIDAPATI TAHAP PENGGUNAAN LAPORAN TERSEBUT OLEH PTJ MASIH RENDAH. DIMAKLUMKAN PTJ TIDAK MAKLUM/ TIDAK MEMAHAMI LAPORAN TERSEBUT” 3.         Sehubungan itu, PTJ dibawah seliaan Pejabat Perakaunan (JANM NEgeri Perlis) dikehendaki mengisi dan menjawab soal selidik tersebut secara online mulai 15 Februari 2021 sehingga 24 Februari 2021. PTJ dikehendaki menjawab kedua-dua link yang diberikan.

 

  • Borang soal selidik tersebut boleh diakses melalui pautan berikut:

                                 1.  https://forms.gle/TLDhhe2azZU4BQ1c9 DAN

                                 2.  https://forms.gle/Amd7GrAzABmfdJR68